AminSpears pending…

Are you with me?

Tiada terbawa sekam segantang

[This will be my first post in malay]

Mengapa dunia berlaku ketidakadilan terhadapku? Selama 18 tahun aku jejak di tapak dunia ini, aku merana. Hatiku telah merayu agar emosi yang telah aku alami akan pupus…walaupun hanya seketika.

Aku terlalu kecewa dengan apa yang telah terjadi. Kami bekerja sekumpulan tetapi aku seperti melakukan semua tugas yang diberi. Alasan yang diberi hampir menghancurkan hatiku. Setelah apa yang aku lakukan untuk mereka, balasan yang aku terima sekaligus membuat air mataku membasahi pipiku. Tiada siapa yang tahu. Dan tiada siapa yang mahu tahu tentang kesengsaraan yang aku alami.

Walaupun aku menghadapi pelbagai masalah, aku cuba memandang di arah yang lebih cerah. Malangnya, luka yang aku alami terlalu berat. Kedua-dua tanganku bersifat mengoda untuk menikam diriku agar semua masalah akan hilang untuk selama-lamanya. Aku menyerah diri. Ambilah nyawaku. Tiada siapa yang akan tahu. Aku lebih senang meniggalkan semua yang ada di dunia ini. Hanya Tuhan sahaja yang dapat mengalami nasibku.

Tiada terbawa sekam segantang- Itulah aku; sangat lemah dan tidak berdaya.

Aku bagai melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. Aku tidak lagi berharga di mata rakyat. Atau mungkin, tidak pernah dihargai. Sebanyak mana aku berusaha, apa yang aku harapkan tidak pernah terjadi.

Masalah keluarga, kewangan, rakan, sekolah, minat… Jika aku diberi satu masalah, aku mengerti kerana ia amat normal. Tetapi jika aku diberi masalah yang berlebihan… tiada arah yang boleh aku tuju. Tiada siapa yang tahu…

Selamat tinggal…

4 February, 2008 Posted by spearsmin | Uncategorized | | No Comments Yet